Monday, December 27, 2010

Emancipation of Equus

Assalamualaikum...

I wanna share my latest photoshoot with Lenaber again. It has been a while i didn't do a fashion photoshoot. I really had a hectic semester break this time joining all the university programs. Traveling from the middle till the north of Malaysia and leaving my camera behind is quite torturing me i would say! Hahaha... 
When i was home! The first thing came across my mind was "I must do a photoshoot!", and here it is.

The concept were chosen by me as long as the styling! For the makeup, i'm asking a lil help from my brother to draw the zebra print on her face as he has been in love with art drawings like forever. So i think. why dont i just get him involve and helping me out! And I'm flattered as my youngest sister is always be kind to be my lighting girl. Hope you like all the pictures. Enjoy! 






Model : Lena (Akademi Fantasia 9)
MUA : Fikri Ashrafi & Faizal Ashrafi
Stylist : Faizal Ashrafi
Art Director : Faizal Ashrafi

Wednesday, December 22, 2010

Photography Tips : Camera Setting & Editing

Assalamualaikum...

Saya pernah menjadi orang baru di dalam dunia fotografi dan agak susah memahami setting kamera yang kadang-kadang memang memeningkan! Di sini ada beberapa tips mudah untuk anda. Harap ianya dapat membantu.

Untuk mengambil gambar yang cantik, setting kamera amatlah penting.

ISO :
ISO dengan kata mudah, merujuk kepada tahap kepekaan cip kamera terhadap cahaya. Lebih besar ISO eg. 1000-6400 menandakan cip kamera anda ditahap yang sangat sensitif terhadap cahaya, dan ini amat berguna ketika keadaan yang kekurangan sumber cahaya. Tetapi ingat! Semakin besar ISO, semakin banyaklah grain ataupun noise (merujuk kepada bintik-bintik yang wujud) pada gambar anda.
Utk hari yang cerah ISO 200-600 sudah memadai.

Shutter Speed :
Kelajuan shutter yang sesuai juga penting jika tidak anda akan mendapat gambar yang kabur dan kurang memuaskan. Untuk menghentikan pergerakan manusia, kelajuan minima shutter 1/60 saat sudah mencukupi. Manakala untuk megambil gambar sukan atau objek berkelajuan tinggi, kelajuan minima shutter adalah 1/200 sudah memadai, walaubagaimana pun semuanya bergantung kepada keadaan. Kadang kala saya sengaja memperlahankan shutter utk memberi kesan pergerakan pada gambar atau "Movement in photography".

Kesan kabur memberikan penceritaan pergerakan pada gamabar


Aperture :
Aperture f1.8
Aperture merujuk kepada luas bukaan lensa untuk kemasukan cahaya. Semakin besar nilai aperture eg. f10 > f20 merujuk kepada bukaan iris lensa yang kecil dan membenarkan hanya sedikit cahaya masuk ke dalam kamera. Nilai aperture yang kecil eg. f1.0 > f2.8 pula merujuk kepada bukaan iris lens yang besar dan membenarkan banyak cahaya masuk ke dalam kamera dan dengan nilai ini ia mampu memberi kesan khas pada gambar atau dikenali sebagai "Bokeh"









Metering :
Metering yang betul membenarkan anda merakam gambar dengan kecerahan yang sesuai.
Kiri : Tetapan kamera yang terlampau cerah (overexposed)    |    Kanan : Terlampau gelap (underexposed)
Metering adalah teknik pengukuran kecerahan gambar. Untuk pengguna Nikon, terdapat 3 jenis pengukuran. (Spot, Center Weighted, & 3D Metering) dan masing-masing mewakili cara / teknik yang ingin anda gunakan untuk mengukur kecerahan pada gambar yang bakal anda ambi mengikut kesesuaian.

Metering yang betul adalah apabila penunjuk (pointer) berada ditengah-tengah meter ataupun saya selalu melebihkan kecerahan sebanyak 2 bar. Untuk mengawal metering anda boleh mengubah samada aperture ataupun shutter speed atau kedua-duanya sekali pada mood M (untuk pengguna Nikon) pada kamera anda.

Saya selalu mementingkan kecerahan yang betul pada objek, dan tidak menghiraukan samada latar belakang gambar saya menjadi terlampau cerah ataupun terlampau gelap. Walaubagaimanapun ia bergantung kepada keperluan gambar. Untuk itu, saya selalu memilih canter weighted metering dan mengambil metering hanya pada subjek. 

Pilih Center Weighted Metering pada tetapan kemera > halakan lensa kepada subjek > kawal aperture, shhutter speed, & ISO dan dapatkan metering yang betul > compose framing anda > Snap!

Editing :
Kadang kala untuk mengambil gambar yang baik memang agak sukar bagi mereka yang baru di dalam bidang fotografi. Tetapi apa yang penting momen pada gambar yang diambil yang lebih penting dan utama kerana ia tidak akan berulang untuk kita ambil pada kali ke dua. Kini pelbagai perisian komputer telah wujud untuk mencantikkan gambar dan memberikan kesan-kesan tertentu untuk menambah penceritaan gambar. Pada saya, saya sentiasa memilih Adobe Photoshop Lightroom3.3 & Adobe Photoshop cs5

Gambar dibawah saya ambil ketika saya baru seminggu menceburi bidang fotografi. Memang sukar dan masih tercari-cari tetapan yang sesuai. Ini adalah contoh momen yang cantik dan dengan tetapan yang salah kita dapat perbaiki dengan sedikit editing.


Apa yang penting adalah latihan! Cuba dan terus mencuba! Anda akan dapat melihat sendiri perubahan kualiti gambar anda semakin banyak anda berlatih. Selamat mencuba dan semoga apa yang saya berikan disini dapat membantu. Jika anda mempunyai apa-apa pertanyaan berkenaan apa sekalipun silalah sudikan diri bertanya, Insyaallah saya akan membantu.

Sunday, December 5, 2010

Engagement | Farouq Harahap & Norulsuhada | 4 Dis 2010

Tahniah kepada pasangan Farouq & Suhada!

Events | Karnival Program Pelancongan Pelajar (3P) 2010 | 1 Malaysia Green, 1 Malaysia Clean | Kolej 10, UPM

Event : Karnival 3P
Tarikh : 27 Nov - 1 Dis 2010
Tempat : Kolej 10, UPM

Assalamualaikum.,
Kalau tahun lepas saya berpeluang join Kem harapan dengan adik-adik daripada Pahang, di bawah kelolaan Wanita Pertama Malaysia, Datin Seri Rosmah Mansor, dan diraikan dengan persembahan-persembahan daripada asrtis terkenal tanah air di Hotel Royal Chulan. Kali ini saya telah di beri peluang untuk sekali lagi menjadi fasilitator untuk Program 3P pula dibawah anjuran Kementerian Pelancongan Malaysia dan Kementerian Pelajaran Malaysia dengan Kerjasama UPM. Program ini disertai seramai 320 orang pelajar dari seluruh Malaysia. and lucky me! I've got the chance to handle the amazing contingent from Putra Jaya! They're cool!


Adik-adik Putra Jaya memang best! Cool! 
 Program ini dianjurkan untuk memberi kesedaran kepada rakyat Malaysia khususnya tentang betapa pentingnya industri pelancongan negara kepada Malaysia, jadi kita haruslah menjaga kebersihan kawasan-kawasan pelancongan. Tema kempen pada tahun ini ialah 1 Malaysia Green, 1 Malaysia Clean. Antara pengisian program ini ialah lawatan ke i-City, lawatan ke pusat-pusat penting di UPM dan yang paling utama ialah Kuiz Pelancongan Pelajar Peringkat Kebangsaan.

Pengacaranya pada tahun ini Awal Ashaari & Ira ( Era.fm)
Kontinjen Selangor sekali lagi telah menjadi johan pada tahun ini. Pada malam penutup program ini kami abang dan kakak fasilitator telah diberi ruang untuk membuat persembahan pada malam itu, and I'm the singer at that night! We performed Hijau by Zainal Abidin. Other faci's had become the back-up singer and actors! That night was fun! and we received a lot of compliments. Me, myself received a lot of compliments from them through Facebook or by sms! Thank you all for the unbelievable compliments!


Antara artis jemputan yang membuat persembahan | Tilu

Antara artis jemputan yang membuat persembahan | Aizat
 Antara saat yang menggembirakan pada malam itu, Tarian Cuti-cuti 1 Malaysia! Habis satu Dewan Besar UPM kami pusing menari! Hahaha... Memang sangat seronok!

Tarian Cuti-cuti 1 Malaysia daripada Iwan, antara pegawai penganjur daripada Kementerian Pelancongan

Keesokan harinya, tibalah hari terakhir adik-adik peserta program ini di UPM. Kontinjen Putra Jaya berpeluang untuk ke Pameran Robocon dan Putra Dairy Park |UPM.

Pemeran | Tayangan | Demonstrasi Robocon | Fakulti kejuruteraan UPM 
Adik-adik ditontonkan dengan tayangan kejayaan-kejayaan UPM dalam memenangi pertandingan Robocon. Untuk tahun 2010 Pasukan UPM telah menjadi Johan untuk 2 kategori dan Naib johan 1 kategori, seterusnya mengangkat UPM sebagai johan keseluruhan. Tahniah UPM! (Bangga menjadi warga Kolej Sepuluh!)

Lawatan ke Putra Dairy Park, UPM
Seterusnya sebelum pulang, mereka berpeluang melawat ke pusat jagaan lembu UPM. Saat pulang sangat menyedihkan! Hurm... Cuma sempat mengambil beberapa keping gambar sebagai kenangan dan seterusnya saya terpaksa mengikut rombongan kontinjen Sabah ke Taman Burung Negara, KLCC dan Putra Jaya. Satu lagi kenangan manis, saya, rakan-rakan dan adik-adik dari sabah melawat burung-burung di dalam hujan lebat! Hahahaha... Walaupun kami memakai baju hujan, seluar dan kasut tetap lencun! Tapi saat yang sangat menyeronokkan. Saya sempat memegang badan burung merak yang berkeliaran di dalam taman burung.
Apa-apa pun, program ini merupakan antara pengalaman yang amat menyeronokkan!


Wednesday, December 1, 2010

Events | Kem Aspirasi Jati Putra 3 Siri 1 | Kolej 10, UPM

Assalamualaikum,

Pengisian yg pertama utk cuti sem ak kali ni, Kem AJP 3 Siri 1 ( 22 - 25 Nov 2010 ), di Hutan Lipur Kuala Woh, Tapah, Perak.

Sory klu gmbr ad kekurangan sbb semua raw... Unedited!
X semua gambr aktiviti ad dlm ni. For more tgk dkt My FB accnt!
http://www.facebook.com/album.php?aid=2064707&id=1394520972

Antara aktiviti kem AJP kali ni

* 22 Nov 2010
- Dirikan khemah
- Latihan dlm kmpln (LDK) : Reka nama, cheers, & bendera kumpulan
                                             Bina jambatan
- Hidup api & masak

* 23 Nov 2010
- Jungle tracking
- Sesi bersama Kekanda Pengetua Kolej
- Survival
- War games

* 24 Nov 2010
- Blind train
- River crossing
- Water confident
- Kapal karam
- Kemas | Balik UPM!
                                            
Perbarisan sebelum bertolak ke Kuala Woh, Perak























Perbarisan & taklimat daripada AJK disiplin.

Spot Check! 
 Sebelum pegi, spot check dlu! Mcm2 bdk ni bwk. mp3 player, mkanan, handphone smua tu biasa la. Yg ak pelik bwk hair drier! Sigh... Nk plug in kat mna la agak2 nya kat dlm hutan tu ye? Hahaha... Sory Micheal! Joking! = )

Cheers Battle!
 Setiap kumpulan kena reka nama kumpulan & buat cheers kumpulan masing2. Ni antara gmbr cheers battle!

Group Presentation
Present bendera kmplan & cheers!

Denda | Jalan Itik!
Aha! Awal2 kem lg dah kena denda! Ni antara denda2 yg peserta kna buat sepanjang kem. Happy yer... Hurm, tnggu la muka2 kena denda masa hari last kem! Hahahaha... Semua stress!

First Check Point | Jungle Tracking
 Pergh! Jungle tracking yg paling susah ak pernah ikut! Jalan dia super2 hard! 1 slip & you are going down under! Gaung wooo... Sigh... Alhamdulillah ak selamat balik! Hahaha... X da gambar nk tnjuk betapa tough nya jln dia, sbb nk jln pn ssh! Mcm mna nk amik gmbr! Adehh... But it was a great adventure & experience that i cant get it elsewhere. Lg pn ak x kn tempuhi da jungle tracking mcm ni! Lain kali nk suruh ak naik lagi hutan ni! Sorry! I wont! Hahaha...

Tp dijuhung jln jumpa water fall!!! Mandi2 time! hahaha... Saat tu je la heaven! Lps tu jalan balik! HELL! Ak ddk line blkng2... Hbis la bekas air2 basah mandi 60 org ak tempuh! Jalan licin gila! Tp syukur selamat... Balik tempuh sungai lg... Kg. org asli... Anyway! It was an unforgettable experience ever!

Slot Bersama Kekanda Pengetua Kolej 10, UPM
 Pengisian talk daripada Dr. Azlizam mmg sentiasa informatif & menarik.

Aktiviti | Blind Train
 Ni antara pengisian kem AJP kali ni, Blind train! Lawak tgk peserta2 menempuh halangan "buatan" fasi2! hahahaha...

Aktiviti | River Crossing
 Lepas blind train, ad river crossing & water confident.

Graduasi | Ikrar
Aktiviti wajib sebelum Kem tamat, GRADUASI!!!! Ni semua kerja Presiden hahaha... Angkat ikrar dlm posisi kura2 suka!

Fasi & Peserta | Balik!!!
Gambar sebelum balik! Kem AJP tahun ni mmg best! Peserta2 semua sempoi! K10! Aummm!!!

Sunday, November 7, 2010

Happy Deepavali


Assalamualaikum....


I wanna wish all the Malaysian especially My Indian friends, Happy Deepavali. Hope you guys have a glorious celebration this year!


In  this picture is my cousin. We are so bored staying at home and that evening, we decided to go out for a shoot. It is Deepavali time and I think its just perfect to do this shoot.


*Model : Asnur Farhain
  Wardrobe : Asnur
  MUA/Photo/Editing : Me! = )
  
Other than that! I also want to wish all my friends, happy studying for your final exams! Lets go chase those flying colors. Hahaha...
Ok, till then. See ya! I want to finish up my Engineering Math assignment.

Saturday, October 30, 2010

Fashion + Makeup : Rockstar!



Model : Lena (Akademi Fantasia 9)
MUA : Faizal ashrafi
Photo / Editing : Faizal Ashrafi

Fashion : Busana Muslimah






Engagement : Ammar & Leedya






Modeling Portfolio : Lena (Akademi Fantasia 9)






Model : Lena (AF9)
MUA / Photo : Faizal Ashrafi

Friday, October 29, 2010

Boutique : Aron Nawi Creations